WHAT'S NEW?
Loading...

Part 2-2: Cucu Nek Ma Rambut; 3 Buku, Jam Tangan dan Buaian Budak.

Sehari duo ni Am Aslan hilang dari 'scene' kodai Aji Din Daniel. Ikut kato Man Panu, dio donga dari Mus Kobao, yang kato eh diboghitau dek Pian Senget, yang dapek beghito dari Tok Nangnang, kato eh Am Aslan toghuk kono pulau sobab main cenekel maso lawan catur mo Cik Lara Cun hari tu.

Tapi semuo orang kampung Simpang Jep Leprikon tau, duo tigo hari sok muncul la balik Am Aslan tu. Paling jauh dio beghani poie pun cumo ke Pontian. Bilo dah dapek aka baru nak membongak sok, gerenti dio buek 'comeback' sampai oghang lupo kemusibatan lamo eh tu.

Takdo ghiuh Am Aslan pun, aktiviti kampung totap 'on' macam biaso. Yang membuek perisian kompiter totap nonggok dopan bondang Uwan Lijah Kayo sambil mencaghi idea baghu. Tokey tokey pasaghayo bosa dan godung tekstil totap lambek bukak kodai. Dah kayo koba eh. Tuan tuan punyo 'showroom' drone masih bolun hilang lagak eh menayang Sarah Ayuni V, drone model terbaghu. Siapalih punyo bising bunyi eh bilo teghobang pagheh dado budak.

Tapi ceghito Muna memboduk Aunty Ita totap 'trending' di twitter cenel kampung. Cenel mamak tak tau la apo yang tongah paneh nijam.

...

Binja pun donga eh tongah iyo-iyo ngajak Meliza kahwin lari...ke Mongolista.

Bersambung...

Sambungan Part 2: Cucu Nek Ma Rambut


Masitah atau namo glemer eh Aunty Ita ponah satu ketiko dulu disengkelet dahi eh oleh Munajat@Muna, omak Meliza.

Masitah ni sememang eh dikenali sebagai jando yang stylo di kalangan penduduk kampung. Sering mengonokan baju tshirt yang trendy, penampilan Aunty Ita tak ponah mengecewokan. Dengan pembukaan kodai salun gunting rambut yang pertamo seumpamo eh di kampung tu, namo Aunty Ita melonjak naik dari anak tangga numbo 9 dan toghuih ke tompek yang pertamo. Dongan kato lain, even namo ketuo kampung pun terpakso disingkir pado minggu ke-2 lantaran keglemeran Aunty Ita.

Saban hari salun Aunty Ita ni ponoh dongan pengunjung tak kigho laki ko pompuan. Majoriti eh dah tontu la oghang2 jantan yang mengidamkan tangan mulus Aunty Ita meghameh kepalo doghang. Apo tidak eh, sodangkan Wak Lu yang kepalo eh dah berpuluh tahun cumo ado beberapo urek rambut pun datang mengomih 'cinta' Aunty Ita.

Sehinggo la satu hari ni, datang la soghang jantan ni ke salun Aunty Ita. Dari jauh laie Aunty Ita dah nampak kelibat jantan ni yang tampak eh macho lagi jentelmen.

"Assalamualaikum..."

"Wah! Pertamo kali la ado jantan yang mulo pick up line dgn bagi salam...barang baek ni!" dotik ati kocik Aunty Ita seraya menjawab salam jantan tu.

"Silalah duduk tuan. Tuan nak gaya macam mana ye?" tanyo Aunty Ita dgn sogho yang sajo dilomakkan.

"Err..I tak kesah sebenarnya... asal sedap mata memandang pun cukuplah," koba jantan tu sambil tersonyum neves apobilo Aunty Ita memogang kepalo eh.

Dari situ bermulolah perkenalan di antara Aunty Ita dengan jantan itu, Nuwa. Ternyato Nuwa ni memang soghang jantan yang jentelmen sejentel penampilannya. Tambah pulak Nuwa dianugerahkan Tuhan kelobihan mulut manih, pandai bermain kato bermain lidah.

Nak dijadikan cito, adolah pulak mato-mato tak bertauliah yang menyampaikan perihal kemesraan mereka berduo kepado gefren Nuwa, Muna. Ado la pulak mato-mato yang pandai sikit tu, disnap eh gamba Aunty Ita tongah micit kepalo Nuwa.

Apo laie, memang membagho la jiwo wanita Muna bilo dijolok an gamba tu. Dicapai eh selendang kuning yang tergantung di topi lemari lantas bergogeh dio ke salun Aunty Ita.

Sampai yo kek sanun, kebetulan la pulak takdo sesapo kek kodai tu melainkan Aunty Ita seorang la jua. Ini peluang baik, cotuih hati Muna yang dah gogham bona tunggu melotup yo.

"Pompuan murahhhhhh!!!!"

Tanpa sebarang warning mahupun semboyan kecemasan, Muna menyengkelet dahi Aunty Ita sekuek-kuek ati. Bagai nangko dah busuk, Aunty Ita tersombam ke lantai salun.

"Kau anak sapo?"

Part 2: Cucu Nek Ma Rambut

Dari jauh Binja dah nampak budak gomok tu nak jatuh. Dio stenbai nak golak guling-guling.

'Ni kok nampak dek Am Aslan ni, siap kau gomok. Sekampung tau sok ni.', bisik setan ke telingo Binja.

Tapi tu la deh, bak kato orang, hujan kek Somban bolun tontu Penajih pun hujan. Dari jauh Binja nampak soghang budak pempuan ngulur tangan nak nolong si gomok yang terjeghombab tadi.

'Ah, cilako amek. Apo pulak dibuek eh si Meliza tu kek sini?', gotuih hati Binja.

Kok diikutkan ghupo, takdo la lawa mano Meliza. Dahi lueh. Tinggi sodang-sodang ajo. Ghambut lughuih asli pun nampak macam buek 'rebonding' kek kodai omak Am Aslan. Tapi disobab an dio soghang yang beghani makai kebaya maso musim hujan, tu yang semuo Budak mudo kampung goma melepak kek simpang dopan umah Nek Ma Rambut, nenek Meliza. Nunggu peluang nak mengurat.

Bilo nampak Meliza ngulur jari haluih eh kek si gomok, hati Binja jadi paneh macam radiator ghusak.

Bersambung...

Sesambung Part 1: Bebughak Dengan Pembongak


Sorong papan tarik papan
Papan patah!
Asan Aleks tersongeh sensorang bilo dio ternampak anak cicak bergurau dengan seekor anak cicak yang lain sampai terjatuh dari atap. Dan dan dio tingat zaman dio bebudak maghin.
Maso tu dio gomok cam panda. Takdo sesapo anak dagho yang tingin la nak bermanjo main tampar-tampar dengan dio. Kok main jugak, memang tak pasal-pasal masuk spita kono penampar gomok Asan Aleks.
Tiap potang Asan Aleks balik dari kelas mengaji abu tausi sensorang yo sambil tersongeh pun sensorang yo. Saat dio tongah sibok mandang buah manggo yang lobek kek dusun Pak Jimba sambil tolan air liur pasal dio poso sunat omak eh suruh pasal gomok bona bia kughuih sikit, saat itu la Asan Aleks terlangga satu lembago yang buleh tahan bosa eh.
Asan Aleks tersombam ke tanah muko dulu ontah macam mano tak tau la tompi memang muko dulu.
"Adoiiiii!!!!" erang Asan Aleks ala manjo-manjo oghang gomok. Bingkeh dio bangun tompi terduduk balik tak terdayo ngangkek badan eh sendiri.
"Awak ok?"
Sogho lunak-lunak basah tu ternyata dapek mempengaruhi Asan Aleks untuk melibehkan pandangan eh ke arah datangnya sogho tu.
Arakian tersobut la dalam kitab gurindam jiwo karangan Suhaimi Suhakam bahawa pemilik sogho lunak-lunak basah tokak tu memiliki wajah yang bosa sebosa sanggul di ghambut eh:
Kulit licin bak tolo dikupeh
Dahi jondul bak tupi mengkuang
Hidung pesek 87 darjah
Mato eh galak bak ghimau lapa
Begitulah seperti yang dihikayatkan pemilik sogho yang didonga oleh Asan Aleks itu.
"Kau ni anak sapo?"
(Bersambung...)

sambungan Part 1: Bebughak Dengan Pembongak


Am Aslan termonung panjang.

Lamo ditonung eh petak-petak tu. Jaghi eh kojap mogang, kojap dilopeh buah dopan mato.

 'Cilako amek kok camni. Buek salah tak buek salah ni.', Am Aslan maghah dalam hati.

Bilo Binja dah membontak, baghu Am Aslan tersoda.

'Ha dogheh la woi! Ntah hapo yang dilamun eh. Nak buek, buek ajo la.' Bontak si Binja.

Am Aslan sengeh.

Diangkek eh buah 'queen' hitam, dilotak eh dalam tigo petak dopan 'king' putih. '

Cekmet.', koba Am Aslan sambil nunjuk mulo banggo.

'Gampang!', bingkeh Binja bangun sambil mencampak an kek Am Aslan 3 koping tudung Oren brand koka kola lamo yang 'rare'.

'Esok den nak repeat!!!', laung Binja dari ateh biska eh.

Am Aslan sengeh lagi.

bersambung...

Part 1: Bebughak Dengan Pembongak


Sahibul hikayat penglipur lara maka tersobutlah kesah duo malaun yang bermastautin di sebuah desa suci murni lagi bercukai bernama Kampong TrimaBrim Trimalajuga Jiesti. Adopun kenapo camtu namo kampung eh, akan dihikayatkan dalam keluaran akan datang.
Malaun yang memulo namo eh Asan Aleks. Adapun dihimpunkan dari sekalian kitab sejarah zaman marco polo sampailah kepada zaman zamani slam, namo Asan Aleks masyhur seantero buana, baik di Majapahit ataupun di Mesopotamiyajepun. Kesah kehandalan pacal Asan Aleks dalam bermain dam ular dan mengaji sampai abu tausi, memang manjang bermain sajo di bibir malaun-malaun lain di dalam Kampung Trimabrim Trimalajuga Jiesti.
(bersambung...)

Syarikat JKay Ini Baru Lagi Tetapi Rekaan Mereka Memang Memandai-Mandai Punya Ohsem

Kena cari mereka di Instagram (tengok screenshot). Design ' chini ' memang sesuai dipakai dek penyokong Pahang. Baru JDT pandang berkali kali.

Demi Rakyat - Netizen Kesal MP Pakatan Rakyat Pentingkan Tembolok dan Tengkuk Sendiri

Nampaknya netizen sudah mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila MP Pakatan Rakyat langsung tak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenaikan gaji mereka baru-baru ini.

Grup Anak-Anak Negeri Sembilan ini contohnya meluahkan kekecewaannya apabila tidak ada mana-mana Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang membangkang kenaikan gaji dan elaun mereka.

Sebelum itu beberapa grup dan blog pro pembangkang agresif dalam menghentam kerajaan berikutan pengenalan cukai GST pada awal April yang telah memberikan impak kenaikan harga kebanyakan barangan pengguna. Rata-rata rakyat terkesan dengan kehadiran gst.

Ada beberapa netizen yang mendesak supaya wakil rakyat Pakatan menolak kenaikan gaji mereka atau sekurang-kurangnya menyedekahkan lebihan yang mereka terima kepada para penyokong mereka.

Hakikatnya semua orang terasa beban dengan hakikat kenaikan harga ini termasuklah para MP kita. Wajar rasanya dipertimbangkan semula kenaikan gaji wakil rakyat di saat rakyat sedang menderita ketika ini.

Admin- Lebih kasihan apabila pelajar Uitm digalakkan memasak pula dan kurangkan makan di luar.

Kanak-Kanak Comel Ini Lebih Yakin Membuat Persembahan Di Pentas Berbanding Peserta Akademi Fantasia

Syarikat Tempatan Ini Hampir Menjadi Salah Satu Syarikat Gergasi Dunia. Kini Mereka Menyokong 'startups'.

Syarikat penerbangan ini telah membuktikan ia boleh mengecapi kejayaan walaupun bermula dari 'scratch'. Kini ia bakal menyokong 'startups' dari Asia Tenggara. Nantikan.

Demi Rakyat - MP Pakatan Rakyat Tolak Kenaikan Gaji Mereka?


Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.

Setakat ini belum ada ura-ura daripada mana-mana wakil rakyat terutamanya dari Pakatan Rakyat yang menolak keras kenaikan gaji ini. Berkemungkinan besar masing-masing pun sedikit sebanyak tergugat dengan kehadiran GST.

Resepi Pari Bakar Sambal Sodap

resipi pari bakar

RESEPI PARI BAKAR SAMBAL

Bahan-bahannya:
● 15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
● 3 biji bawang besar
● 2 biji bawang putih
● 1/2 cm belacan
● 1 biji tomato
● Kisar semua bahan hingga halus

● 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa tanpa air. Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur utk hilangkan hancing.
● Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih
● beberapa helai daun pisang
● 3 biji atau lebih limau kasturi
( utk perah atas ikan )
● Daun ketumbar ( racik kasar )
● Garam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. gaul rata jgn sampai hangus. masukkan garam dan perasa. bila dah garing , angkat dan ketepikan.
2. Alas daun pisang diatas dulang pembakar . letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan dgn sambal skali lagi. bakar ikan hingga masak.
3. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.
Selamat mencuba semua ye!

Resepi Udang Bakar Cheese

resepi udang

RESEPI UDANG BAKAR CHEESE (5 bahan je)
Bahan-bahan:
beberapa ekor udang yang telah dibersihkan
sedikit mentega/majerin
keju mozzarella
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah


Cara:
1. Mula2 sekali.. udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya...
2. pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam n lada sulah dalam satu bekas...
3. setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang..
4. kemudian... bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit juga...
5. keju akan cepat cair.. jadi kalo biar lama2 nanti hangit plak cheese tu...
soo.. agak2 la... bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tuh...selamat mencuba...

Bayi Ditinggalkan di Atas Kereta Jemaah Masjid Country Home

Kasihan la bayi ni...ditinggalkan bersendirian di dalam beg kertas yang diletakkan di atas kereta salah seorang jemaah Masjid Country Home.

Jangan kita pula mudah sangat menghukum pelakunya samada ibunya, bapanya, atau mana-mana penjaganya sekalipun. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita juga tidak juga tahu setakat manakah kesabaran yang ditempuh oleh mereka sehingga terpaksa melakukan perkara ini.

Sekurang-kurangnya mereka tidak berlaku kejam dengan mendera atau mengapa-apakan bayi ini. Jelas sekurang-kurangnya pada kita yang penjaganya mahukan kehidupan yang lebih baik untuk anak ini di masa depan.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua.

Lokasi Lepak Paling Hip Di Seremban Bakal Ditutup 'for good'. Jangan Menangis.

Ok.Jangan menangis nanti tau.

Abam Bocey Laris Selepas Menang Tanpa Beli Undi ABPBH2014

abam kontroversi
Kemenangan Abam dari kumpulan lawak terkenal Bocey sebagai Artis Komedi Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) baru-baru ini sememangnya satu kejutan yang sangat besar bagi dirinya malahan kepada hampir semua peminat beliau.

Ini berikutan calon-calon lain di dalam kategori yang sama bukanlah calang-calang pelawak seperti Zizan Razak dan juga Jep Sepahtu termasuklah juga Shuib Sepahtu.

Inilah yang dinamakan rezeki. Jika Allah sudah takdirkan untuk beliau, maka hanya beliau sahajalah yang akan menerimanya. Jika Allah sudah takdirkan bukan milik beliau, maka cubalah sedaya manapun beliau takkan dapat memilikinya.

Apapun kami di Gopero Vids mengucapkan setinggi-tinggi tahniah (congrats!!!) kepada Abam di atas kemenangan ini dan semoga beliau akan terus sukses di masa depan terutama di dalam bidang lawak antarabangsa dan lawak nasional.

Gummok is AWESOME!!!

Hadis Sahih - Merasai Kemanisan Iman


hadis kemanisan iman


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

 ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ 

Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
 “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
(Pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
(Kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.
(Ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”

Hadith sahih riwayat Bukhari

Resepi Bubur Lambuk Buat Sendiri di Rumah

resipi bubur lambuk

CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK ALA KG BARU YANG MUDAH

Bahan-bahannya:

Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya
Cara-cara

1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

Rita Rudaini Kongsi Rahsia Kulit Halus Menggoda

artis cantik
Artis cantik manis Rita Rudaini berkongsi rahsia kecantikan kulitnya yang hingga kini masih menjadi kegilaan dan idaman lelaki Malaya di laman Instagram peribadi beliau baru-baru ini.

artis kontroversi
Katanya kalau nakkan kulit yang bersih dan halus, peminat haruslah rajin memanjakan kulit dan jika boleh jangan banyak menggunakan makeup.

Menurut Rita yang juga mengusahakan produk Rudaini Beuate, muka jelitanya bebas dari segala macam penyakit kulit muka seperti jerawat dan sebagainya.

Admin – jatuh cinta lagi saya hari ni…aduhaiiii