WHAT'S NEW?
Loading...

Abam Bocey Laris Selepas Menang Tanpa Beli Undi ABPBH2014

abam kontroversi
Kemenangan Abam dari kumpulan lawak terkenal Bocey sebagai Artis Komedi Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) baru-baru ini sememangnya satu kejutan yang sangat besar bagi dirinya malahan kepada hampir semua peminat beliau.

Ini berikutan calon-calon lain di dalam kategori yang sama bukanlah calang-calang pelawak seperti Zizan Razak dan juga Jep Sepahtu termasuklah juga Shuib Sepahtu.

Inilah yang dinamakan rezeki. Jika Allah sudah takdirkan untuk beliau, maka hanya beliau sahajalah yang akan menerimanya. Jika Allah sudah takdirkan bukan milik beliau, maka cubalah sedaya manapun beliau takkan dapat memilikinya.

Apapun kami di Gopero Vids mengucapkan setinggi-tinggi tahniah (congrats!!!) kepada Abam di atas kemenangan ini dan semoga beliau akan terus sukses di masa depan terutama di dalam bidang lawak antarabangsa dan lawak nasional.

Gummok is AWESOME!!!

0 comments:

Post a Comment