WHAT'S NEW?
Loading...

Demi Rakyat - MP Pakatan Rakyat Tolak Kenaikan Gaji Mereka?


Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.

Setakat ini belum ada ura-ura daripada mana-mana wakil rakyat terutamanya dari Pakatan Rakyat yang menolak keras kenaikan gaji ini. Berkemungkinan besar masing-masing pun sedikit sebanyak tergugat dengan kehadiran GST.

0 comments:

Post a Comment